fbpx

Langgar syarat lesen dan tiada dokumen sah, dua bot tunda ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kru warga asing yang ditahan APMM di Sungai Tiang, Lumut kelmarin. - Foto APMM

LUMUT – Dua bot nelayan tempatan kelas C bersama 10 kru warga asing termasuk tekong dan kru ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak di dua kedudukan berbeza di sini kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, kedua-dua bot tersebut ditahan di kedudukan 9.5 dan 9.1 batu nautika barat daya Sungai Tiang di sini sekitar pukul 4.58 dan 5.20 petang.

Beliau berkata, dua bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh KM Nyalau ketika melakukan rondaan rutin menerusi Op Sayong, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan negeri ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot itu dikendalikan oleh dua tekong bersama lapan kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua tekong gagal mengemukakan dokuman pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hambali berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, beroperasi kurang daripada 15 batu nautika serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua nelayan ditahan, manakala bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut.

“APMM menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil,” katanya.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan orang ramai dengan menghubungi APMM di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI