fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis terus bedil kem pelarian, 80 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan menyelamatkan mangsa yang cedera akibat pengeboman Israel di Khan Yunis, selatan Gaza semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Seorang pegawai kesihatan menyatakan bahawa lebih 80 orang terbunuh dalam dua serangan di sebuah kem pelarian di utara Semenanjung Gaza semalam termasuk sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihuni orang awam.

Akhbar Arab News melaporkan, beberapa klip video di media sosial yang disahkan oleh agensi berita AFP memaparkan keadaan mayat-mayat yang berlumuran darah bergelimpangan di atas lantai sebuah bangunan sekolah di Jabalia, yang merupakan kem pelarian terbesar di wilayah Palestin itu.

“Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan waktu subuh ke atas sekolah Al-Fakhura yang dikendali PBB di kem Jabalia yang menjadi tempat perlindungan bagi orang awam yang kehilangan tempat tinggal,” kata pegawai kesihatan tersebut kepada AFP.

“Serangan berasingan semalam ke atas bangunan lain di kem Jabalia turut membunuh 32 orang daripada keluarga sama dengan 19 daripadanya ialah kanak-kanak,” tambahnya.

Tanpa menyebut serangan itu secara khusus, tentera Israel berkata bahawa ‘kejadian di wilayah Jabalia’ itu sedang dikaji.

Israel sebelum itu mengarahkan rakyat Palestin untuk berpindah dari utara Gaza tetapi serangan udara maut terus melanda kawasan di tengah dan selatan enklaf itu.

Ratusan orang awam melarikan diri dengan berjalan kaki semalam selepas pengarah hospital utama di Gaza memaklumkan bahawa Israel telah mengarahkan pemindahan dari kemudahan yang menempatkan 2,000 pelarian itu. 

Sebilangan pesakit yang cedera dilihat keluar dari Hospital Al-Shifa menuju ke pinggir laut tanpa ambulans bersama-sama orang yang kehilangan tempat tinggal, doktor dan jururawat ketika letupan kuat kedengan di sekitar kompleks itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI