PETALING JAYA – Seorang warga Palestin yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan konkrit di bandar Jabalia terpaksa mengeluarkan tangannya untuk mendapatkan pertolongan.
Situasi meruntun jiwa itu dikongsikan pengguna aplikasi X, Sarah Wilkinson kelmarin.
“Seorang warga Palestin meminta bantuan hanya dengan tangan di bawah runtuhan Jabalia, tetapi di atasnya terdapat bata konkrit yang sangat berat disebabkan keruntuhan bangunan,” ciapnya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan puluhan warga Palestin terbunuh selain terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas kem pelarian Jabalia diserang melalui udara oleh rejim Israel.
Sebelum ini, Pengarah Hospital Al-Wafa dan Rumah Penjagaan Warga Emas di Bandaraya Gaza telah terbunuh dalam serangan udara Israel pada Jumaat malam,
Sumber tempatan berkata, pesawat pejuang tentera pencerobohan Israel menyasarkan hospital itu sehingga menyebabkan pengarahnya Midhad Mhaisen terbunuh dan beberapa doktor cedera.
Konflik antara Palestin dan Israel sudah masuk bulan kedua sejak serangan dimulakan pada 7 Oktober lalu di Semenanjung Gaza, dan sehingga kini lebih 11,000 penduduk syahid dan lebih 250,000 bangunan musnah. – KOSMO! ONLINE
A Palestinian person begs for help with just a hand under the rubble of Jabalia, but above them are concrete slabs & the weight of a building pic.twitter.com/7hn7bFhH1F
— Sarah Wilkinson (@swilkinsonbc) November 17, 2023