fbpx

Konflik Palestin-Israel: 31 bayi pramatang selamat dipindah dari Hospital Al-Shifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi-bayi pramatang diletakkan secara bersebelahan di katil biasa di Hospital Al-Shifa. - Anadolu

BANDAR GAZA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa 31 bayi pramatang di Hospital Al-Shifa telah selamat dipindahkan ke hospital lain di selatan Semenanjung Gaza hari ini, lapor akhbar Arab News.

Kesemua bayi tersebut kemudian akan dipindahkan ke hospital ketiga di seberang sempadan Mesir.

Mereka ialah antara ramai lagi pesakit yang cedera parah dan mengalami sakit tenat yang kini terkandas di Hospital Al-Shifa selepas askar Israel menyerbu masuk kemudahan tersebut Rabu lalu.

Nasib bayi-bayi pramatang di Hospital Al-Shifa telah menarik perhatian masyarakat global selepas beberapa imej yang dikongsikan memaparkan barisan doktor cuba memanaskan badan mereka menggunakan pembalut aluminium.

Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan inkubator gagal berfungsi selain bekalan makanan, air dan perubatan kehabisan ketika askar Zionis bertempur dengan kumpulan Hamas di luar hospital.

Pasukan WHO yang melawat hospital semalam berkata, seramai 291 orang pesakit masih berada di sana termasuk pesakit trauma dengan luka teruk dan lain-lain yang mengalami kecederaan tulang belakang serta tidak dapat bergerak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI