fbpx

Itu Wanna Ali, bukan saya – Julia Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Julia Farhana terkejut apabila dirinya disangka pelakon Wanna Ali.

PETALING JAYA – Salah orang! Itu situasi yang dilalui pelakon Julia Farhana Marin apabila dirinya disangka aktres, Wanna Ali ketika menaiki pengangkutan awam baru-baru ini.

Berkongsi situasi tersebut secara ringkas, pemandu kenderaan awam tersebut menyapa dan memanggilnya dengan nama  Wanna yang membintangi drama Bukan Sekadar Lafaz bersama Alif Satar.

“Ya Tuhan, anda serius? Itu Wanna Ali.

“Takkanlah saya di luar memakai tudung tetapi apabila berlakon, buka pula. Tak masuk akal, aiyo,”  kata aktres berusia 28 tahun itu.

Dalam perkongsian sama, dia menegaskan dirinya sangat berbeza dengan Wanna.

“Secara peribadi dan sejujurnya, boleh dilihat bahawa saya dan Wanna sangat berbeza.

“Bagaimana boleh ada yang tersilap,” ujarnya.

Selain Wanna, drama Bukan Sekadar Lafaz yang popular menerusi slot Akasia itu turut membariskan Alif, Malek Mccrone dan Yuna Rahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI