fbpx

Isteri gaji RM7,000 mengeluh suami culas hal anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar luahan wanita terbabit yang dikongsikan di aplikasi X hari ini.

PETALING JAYA – Seorang isteri meluahkan rasa kecewanya apabila sang suami seperti lepas tangan mengenai perbelanjaan anak-anak bahkan sering memberi alasan tidak cukup duit.

Luahan wanita berkenaan di aplikasi X milik @meinmokhtar hari ini mendapat perhatian daripada pembaca dan setakat ini mendapat hampir 4,000 sukaan.

“Dulu sebelum kahwin gaji aku RM2,000, suami aku RM4,000. Selepas kahwin aku lompat kerja dan sambung Master sampai gaji aku RM7,000. Suami aku masih dengan gaji RM4,000.

“Aku penat semua hal anak aku bayar. Memang anak aku tapi asyik bagi alasan tiada duit saja. Dia tak nak naikkan gaji dia ke?,” soal wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat pelbagai pandangan dan reaksi diberikan kepada luahan terbabit termasuklah komen-komen negatif yang mendakwa wanita itu berlagak, tidak bersyukur serta tidak bertolak ansur dengan suaminya.

“Isteri kalau gaji naik diam sahaja. Suami tiada hak untuk tahu berapa gaji awak. Kalau banyak diam saja, risau jadi benda macam ni. Tolong kejap boleh terima, kalau dah macam isteri ketua keluarga susahlah,” komen Angeline.

“Masa gaji RM2,000 tiada pula suami suruh buat kerja lain. Dalam keadaan ekonomi macam ni, tolak ansur saja. Hidup saling melengkapi,”tulis AimanNorha.

“Bukan akak yang tak sedar diri, betul la apa yang ditanya. Kalau dia majukan diri sampai gaji RM7,000, suami tak mahu buat benda sama?,”ujar decafinvegas. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI