fbpx

Guru madrasah libas budak guna batang paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan kecederaan yang dihadapi oleh mangsa akibat dirotan oleh guru ketika belajar di madrasah pada 11 November lalu.

SIK – Seorang pelajar madrasah berusia lapan tahun telah dirotan dengan batang paip PVC hingga mengakibatkan kecederaan pada tapak tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pada 11 November lalu, pukul 9.24 malam, seorang wanita yang juga merupakan pengusaha taska telah mengadu anak angkatnya yang belajar di sebuah madrasah  telah dirotan.

“Wanita tersebut telah datang ke madrasah itu secara mengejut untuk mengambil anak angkatnya untuk dibawa keluar makan.

“Setibanya di kedai makan, anak angkatnya itu mengadu rasa sakit apabila duduk, setelah diperiksa badannya, wanita itu terkejut melihat kesan lebam dan terus datang ke Balai Polis untuk membuat laporan polis,” kata Abdull Razak.

Menurutnya, pada keesokkan harinya pada pukul lebih kurang 10.38 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sik, telah membuat tangkapan  seeorang lelaki Melayu berumur 27 tahun yang juga merupakan seorang tenaga pengajar di madrasah tersebut.

Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang kanak-kanak warganegara Indonesia berumur lapan tahun telah dirotan oleh suspek.

“Suspek menggunakan satu batang paip jenis pvc hingga mengakibatkan mangsa mengalami kesan lebam dan bengkak. Pemeriksaan oleh pakar perubatan mengesahkan bahawa mangsa telah mengalami ‘soft tissues injuries’.

“Suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 16 November dan telah dijamin oleh seorang penjamin dan suspek diwakili peguambela,” katanya.

Katanya lagi, kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Kedah dan saspek akan dituduh dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI