fbpx

Graduan Palestin berduka di hari konvokesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEHAD sugul menceritakan keadaan keluarganya di Gaza yang terbunuh oleh tentera Zionis Israel sempena Majlis Konvokesyen ke-67 UTM, Skudai Johor Bahru.-Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Saat menerima doktor falsafah (PhD) di hari konvokesyen adalah hari paling menggembirakan bagi para graduan, namun itu tidak dirasai buat graduan Palestin, Jehad M. A. Shehab, 41.

Ketika ini, Jehad yang menerima PhD Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan runsing dan bingung memikirkan keadaan ibu bapa serta adik beradiknya yang berada di Gaza.

Lebih membimbangkan, sudah dua hari dia tidak menerima khabar berita daripada ibunya yang berada di Gaza dan hanya mengetahui keadaan di sana melalui laporan berita antarabangsa sahaja.

Ibu kepada lima anak berkata, pada awalnya dia berat hati untuk hadir ke Majlis Konvokesyen ke-67 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini namun keprihatinan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang ingin bertemunya membuatkannya sekeluarga terbuka menerima jemputan itu.

Jehab yang ditemani suami. Dr. Abdalrahim Shehab, 46, dan dua anaknya berkata, fikirannya berkecamuk ketika ini memikirkan keselamatan ibu bapa dan adik-beradik serta saudara mara yang lain.

“Sudah dua hari kami terputus komunikasi dengan ibu di Gaza, lebih teruk pada hari ini kami mendapat perkhabaran duka mengetahui kawasan yang didiami abang ipar dibedil oleh rejim Zionis yang melakukan pengeboman secara rambang.

“Pertemuan empat mata dengan Permaisuri Johor yang menyerlahkan sifat keibuannya, ini membuatkan saya teringat akan ibu saya di Gaza, saya rindu untuk bertemu mereka semua,” katanya kepada pemberita selepas menerima PhD dari Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM di bilik Canselor, Dewan Sultan Iskandar, UTM, di sini semalam.

Berkongsi kisah hidupnya, Jehad berkata, dia sudah menetapkan di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu dan anak bongsunya, Talla, 6, dilahirkan di Kuala Lumpur.

Walaupun sudah lama meninggalkan tanah kelahirannya, beliau amat berharap untuk pulang ke Gaza selepas menamatkan pengajiannya namun berdepan dengan sekatan untuk masuk ke tempat lahirnya itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI