fbpx

Gambar, keris pengganti pengantin lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan dilihat beremosi sepanjang majlis. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan di Bali yang diadakan tanpa kehadiran pengantin lelaki, lapor laman berita Detik semalam.

Video tersebut dikongsikan dalam akaun Instagram @denpasar.viral kelmarin. 

Pengantin lelaki dilaporkan masih berada di luar negara dan majlis itu hanya dihadiri oleh pengantin perempuan.

Wanita tersebut ditemani seorang saudara lelaki yang memegang gambar pengantin lelaki dan sebilah keris sehingga majlis itu tamat.

Dia kelihatan tidak dapat menahan emosinya semasa acara itu berlangsung.

Majlis itu dihadiri keluarga terdekat dan dikendalikan oleh seorang ketua agama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI