fbpx

Euro 2024: Perancis ‘makan besar’ menang 14-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kylian Mbappe berjaya meledak jaringan hatrik pada aksi bertemu Gibraltar hari ini. - Foto oleh AFP

NICE – Pasukan pilihan, Perancis tidak menunjukkan belas ehsan selepas meraih kemenangan besar 14-0 dengan menewaskan Gibraltar dalam aksi Kumpulan B kelayakan Euro 2024 di Stadium Allianz Riviera awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, pasukan Les Bleus berjaya meraih jaringan menerusi sembilan penjaring berbeza termasuk penyerang sensasi, Kylian Mbappe yang meledak hatrik ke atas Gibraltar yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Selain Mbappe, Marcus Thuram, Warren Zaire-Emery, Jonathan Clauss, Kingsley Coman, Youssouf Fofana, Adrien Rabiot, Ousmane Dembele dan Olivier Giroud telah mencetak nama selaku penjaring.

Pengendali skuad Perancis, Didier Deschamps memuji prestasi yang dipamerkan oleh barisan pemain cukup sempurna tetapi pasukan tidak bernasib baik apabila tonggak pertahanan muda, Emery mengalami kecederaan.

“Ini adalah aksi yang cukup menarik daripada semua pemain kerana kita memang mahu melakar kemenangan bergaya pada perlawanan bertemu Gibraltar. Kita boleh lihat bagaimana mereka bergelut ketika masih bermain dengan 11 pemain.

“Keadaan bertambah sukar apabila pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain dan saya lihat pemain tidak memberikan belas ehsan. Saya rasa 14-0 adalah keputusan yang positif dan kami masih lagi menghormati pasukan lawan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI