fbpx

EPL: Man. City, Chelsea turut terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berdepan 115 pertuduhan pelanggaran peraturan kewangan menerusi manipulasi kontrak dan penajaan. - AFP

LONDON – Dua gergasi bola sepak England, Manchester City dan Chelsea berdepan risiko kemungkinan disingkirkan daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Everton dipotong 10 mata ekoran melanggar peraturan kewangan.

Bekas penasihat kewangan Manchester City, Stefan Borson mengakui hukuman yang dikenakan terhadap Everton itu adalah sebagai satu rujukan kes yang kuat yang mungkin digunakan untuk menentang kedua-dua pasukan itu nanti.

City sebelum ini berdepan 115 pertuduhan melanggar peraturan kewangan EPL, manakala Chelsea mungkin menghadapi penelitian berhubung dakwaan pembayaran yang berkaitan dengan bekas pemilik Roman Abramovich.

“Tanpa melihat keseluruhan keputusan penghakiman, hukuman pemotongan 10 mata dikenakan terhadap Everton adalah suatu yang keras dan serius diambil ekoran pelanggaran peraturan kewangan.

“Pelaksanaan hukuman itu mungkin membuatkan City rasa terancam dan Chelsea juga berdepan kemungkinan untuk disingkirkan sekiranya terdapat pembuktian wujudnya pelanggaran peraturan tersebut.

“Apa yang perlu diperkemaskan adalah mengenai skala hukuman tersebut yang perlu dipertimbangkan. Chelsea mungkin menganggap mereka tidak melanggar peraturan keuntungan dan keseimbangan (PSRs) kerana kerugian melibatkan perniagaan, namun perkara itu perlu diperincikan,” jelasnya.

Borson turut mengakui bahawa City juga perlu berdepan kemungkinan disingkirkan dari EPL jika didapati bersalah berhubung penipuan mengenai kontrak dan penajaan untuk tempoh sembilan tahun.

“Sama ada itu adalah satu amaran atau sebaliknya, siasatan mengenai pertuduhan seperti ini perlu dilakukan dengan sempurna dan jika terdapat bukti pelanggaran, penyingkiran perlu dilakukan,” katanya.

Awal minggu ini juga menyaksikan Chelsea perlu berdepan siasatan ekoran beberapa siri pembayaran melibatkan Abramovich yang mendapatkan sumber kewangan dari luar pesisir untuk membiayai kelab itu ketika beliau masih lagi menjadi pemilik kelab itu.

Bagaimanapun, jurucakap Chelsea mengakui bahawa pemilik dan pihak pengurusan baharu kelab itu tidak mempunyai kaitan terhadap tuduhan tersebut kerana siasatan berdasarkan bukti kewangan pemilik terdahulu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI