fbpx

Dijemput ajal lepas beli sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL MALIK rebah ketika berjalan ke motosikalnya di hadapan kedai sayur di Jalan Besar Simpang Ampat, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang lelaki menemui ajal sejurus membeli sayur di sebuah kedai runcit di Jalan Besar Simpang Ampat, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa, Abdul Malik Maratandan Abdullah, 44, dikatakan ebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian itu dimaklumkan pada pihaknya pada pukul 12 tengah hari oleh orang awam.

Abdul Malik.

“Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Simpang Ampat tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.06 tengah hari dan mengesahkan kematian lelaki tersebut.

“Saksi awam memberitahu si mati datang ke kedai sayur pada pukul 11.55 pagi dan rebah ketika ingin kembali ke motosikalnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, isteri si mati memaklumkan suaminya itu mempunyai sejarah penyakit jantung.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan sakit jantung. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI