fbpx

Dah menang bersyukurlah, lagi nak bising-bising – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran balas Tunku Ismail di laman Instagram ekorharimaumalaya.

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya yang masih mempersoalkan persembahan pasukan negara ketika perlawanan bertemu Kyrgyzstan, Khamis lalu.

Ini kerana ada kalangan penyokong mengkritik serta membuat perbandingan persembahan beberapa pemain Harimau Malaya ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu menerusi hantaran di laman Instagram ekorharimaumalaya.

Bagaimanapun hantaran terbabit kurang disenangi Tunku Ismail dan baginda telah membalas komen di laman Instagram terbabit.

Baginda yang juga Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menasihatkan penyokong dan peminat Harimau Malaysia supaya tidam menjatuhkan semangat pemain yang sudah memberikan segala-galanya untuk membantu pasukan negara.

“Sudah menang syukur sahajalah. Lagi nak bising-bising menuding jari sini sana menjatuhkan semangat pemain negara sendiri. Semua pemain sudah beri segalanya, result (keputusan) pun Alhamdulillah.

“Awak nak jadi coach (jurulatih) ini kerja dalam industri bola sepak ke? Ada menang apa-apa ke? Support (sokong) saja pasukan kebangsaan dan diam lebih baik,” tulis Tunku Ismail.

Terdahulu, pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu, Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk menewaskan Kyrgyzstan 4-3 pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon menghuni tangga kedua Kumpulan D yang berkongsi tiga mata bersama pendahulu, Oman yang menewaskan Taiwan 3-0.

Perlawanan seterusnya pada Selasa ini akan menyaksikan Harimau Malaya berdepan pasukan ranking ke-152 dunia, Taiwan di Stadium Municipal, Taipei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI