fbpx

Cuaca buruk malam ini di Kulim, Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk sekitar utara Semenanjung sehingga pukul 8 malam nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan berisiko adalah di Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu, manakala bagi negeri Pulau Pinang pula tertumpu sekitar Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Selain itu, di Perak jangkaan cuaca buruk itu meliputi daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

“Keadaan yang sama juga dilaporkan melanda Sarawak di Kuching, Samarahan (Samarahan), Betong (Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

“Bagi negeri Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan) dan Sandakan (Tongod),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI