fbpx

Baiah ikat Ahli Parlimen Pas daripada sokong Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menunaikan solat hajat semasa menghadiri Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Palestin di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Kesemua Ahli Parlimen Pas terikat dengan baiah atau perakuan sumpah setia sekali gus mengelakkan wakil rakyat parti tersebut daripada memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perakuan itu bagi memastikan Ahli Parlimen Pas kekal istiqamah bersama parti.

“Perkara ini dapat kita tangani melalui pengalaman yang lalu dan kita telah perkukuhkan (baiah).

“Insya-Allah, Ahli Parlimen Pas tidak akan lompat parti atau beralih sokongan. Mereka akan akur dengan apa yang diputuskan oleh parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Himpunan Munajat Pertahan Enakmen Syariah dan Solidariti Palestin di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu, setakat ini, tiada perbincangan secara khusus dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung isu empat Ahli Parlimen parti tersebut yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, perjumpaan dengan Bersatu hanya berlaku dalam mesyuarat Perikatan Nasional (PN), namun tiada perbincangan khusus mengenai perkara tersebut sehingga hari ini.

Menurutnya, Pas mengambil sikap untuk menghormati keputusan setiap parti kerana mereka mempunyai gabungan dan sebarang isu akan dibincangkan dalam mesyuarat induk PN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI