fbpx

Anwar adakan sesi dialog bersama pelajar, rakyat Malaysia di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama pelajar dan rakyat Malaysia pada sesi dialog dan makan malam di San Francisco, semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengadakakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat serta pelajar Malaysia di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Anwar berkata program tersebut turut dihadiri isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa menteri Kabinet.

“Saya dan Azizah amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai.

“Ruangan ini juga saya minta menteri Kabinet yang bersama untuk jelaskan usaha mereka menerusi kementerian masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, menginjak setahun usia Kerajaan Madani, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan melakukan lebih banyak inisiatif dan dasar yang menguntungkan rakyat keseluruhan.

“Saya juga sempat menjawab pelbagai persoalan dan isu yang diajukan antaranya terkait ekonomi, prestasi ringgit, penghijrahan bakat tempatan dan pelaksanaan inisiatif kerangka Ekonomi Madani,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Anwar bersama deligasi Malaysia menyertai Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di San Francisco, AS selama empat hari bermula 14 November lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI