PETALING JAYA – Anak kepada bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerima Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, Noor Hisham berkata, anaknya Muhammad Khalis menerima anugerah tersebut sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-67.
“Sempena hari konvokesyen UTM yang sedang berlangsung sekarang majlis Anugerah Dekan untuk pelajar-pelajar cemerlang telah diadakan petang ini, di Impiana Hotel Senai, Johor.
“Alhamdulillah dan tahniah kepada Muhammad Khalis Noor Hisham atas kejayaan menerima Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke 67, tahun 2023,” tulisnya.
Pada hantaran sama, Noor Hisham turut mendoakan agar dipermudahkan urusan anaknya itu dan diberkati dalam segala urusan di alam pekerjaan nanti.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengucapkan tahniah atas kejayaan anak Noor Hisham itu dan mereka mendoakan agar Muhammad Khalis terus cemerlang.
“Alhamdulilah, tahniah Tan Sri sekeluarga dan anakanda yang cemerlang. Semoga terus berjaya duniawi ukhrawi,” kata Fatimah Bidin.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Uswatun Hasanah.
“Tahniah anak Tan Sri didoakan semoga terus maju jaya di dunia dan akhirat. lnsya-Allah diberkati dirahmati dan di lindungi Allah selalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE