fbpx

Amaran hujan lebat peringkat bahaya di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya melibatkan negeri Terengganu sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, antara kawasan terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Jelas MetMalaysia, amaran hujan berterusan peringkat bahaya itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, turut dikeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk susulan jangkaan hujan lebat berterusan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Hulu Terengganu).

“Selain itu turut meliputi negeri Pahang antaranya Jerantut dan Kuantan sepanjang tempoh sama.

“Bagi tahap waspada pula, melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Pahang (Maran, Pekan dan Rompin).

“Di Sabah tertumpu sekitar Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI