fbpx

Akaun TikTok disekat, Uyaina tak menyerah kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKAUN TikTok pengacara Uyaina Arshad telah disekat berikutan kelantangannya mempertahankan Palestin dan mengutuk kekejaman tentera Zionis.

PETALING JAYA – Gara-gara lantang mengecam tindakan barbarik Israel menjarah bumi Palestin, akaun TikTok pelakon Uyaina Arshad disekat pengendali aplikasi tersebut.

Perkara itu didedahkan pengacara terbabit menerusi dua lagi medium media sosialnya iaitu Instagram dan platform X.

“Akaun TikTok saya disekat untuk selama-lamanya,” tulisnya yang turut berkongsi notifikasi diterima daripada pihak aplikasi berkenaan.

Akaun pemilik nama sebenar atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu disekat atas alasan kesalahan melanggar garis panduan komuniti ditetapkan.

TANGKAP layar perkongsian Uyaina mengenai akaun TikToknya disekat pihak pengendali aplikasi tersebut.

Begitupun, hos program Dangdut Academy Asia musim keenam (DAA6) itu enggan menyerah kalah apabila memaklumkan sudah membuat akaun TikTok lain.

“Ini akaun TikTok baharu saya,” tulisnya menerusi Instagram Story.

Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya meluahkan simpati namun mereka yakin semangat Uyaina kekal membara menzahirkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan kekejaman zionis.

Malah, pengikutnya turut meminta akaun TikTok baharu personaliti berusia 31 tahun itu sebagai tanda sokongan terhadap keprihatinan serta kelantangannya menyelar Israel menerusi media sosial.

Selain kerap memuat naik info terkini situasi di Gaza dan mengecam Israel, dia turut menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang bersikap neutral terhadap krisis Palestin-Israel atau menyebelahi tindakan Zionis.

Secara terbuka Uyaina turut menyuarakan tidak dapat menerima cara pemikiran individu pro-Israel yang menetap di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI