fbpx

10,000 mahasiswa sertai program advokasi pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUZIAH meninjau treler yang membawa barang keperluan sempena Pelancaran Program Jualan Rahmah Siswa dan Advokasi Pengguna Peringkat Kebangsaan bersama IPT di UUM, Sintok, hari ini.

SINTOK – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) mensasarkan 10,000 warga universiti terutama pelajarnya menyertai program Advokasi Pengguna Peringkat Kebangsaan Bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut Timbalan Menterinya, Senator Fuziah Salleh, program berkenaan yang dilancarkan bersama Jualan Rahmah Siswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini akan turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Record (MBOR).

“Sasaran kita adalah menyantuni sebanyak 10,000 pelajar untuk meningkatkan lagi pendedahan berkaitan hak-hak pengguna dalam kalangan warga universiti daripada golongan asnaf.

“Selain itu kita lancar Jualan Rahmah Siswa bertujuan memberi peluang kepada seluruh warga terutama mahasiswa supaya membeli barang keperluan asas pada harga mampu milik,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan program tersebut di Pesta Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.

Beliau menambah, program Jualan Rahmah Siswa tersebut berkonsepkan kedai runcit bergerak ke kawasan kampus di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI