fbpx

Yuna kini jual rempeyek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuna memilih untuk menjalankan perniagaan menjual rempeyek kerana sasaran jualannya adalah untuk orang-orang lama.

PETALING JAYA – Pelakon Yuna Rahim tidak segan mengambil inisiatif memulakan perniagaan dengan menjual rempeyek sejak kira-kira sebulan lalu.

Yuna atau nama lengkapnya Shafiqah Husna Abdul Rahim ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini berkata, dia mengambil keputusan untuk mula berniaga rempeyek secara kecil-kecilan bagi menjana pendapatan tambahan.

“Saya terfikir untuk berniaga rempeyek selepas terfikir, kalau saya tidak mulakan daripada sekarang, bila lagi? Sebab saya bukan daripada keluarga yang senang,” kata Yuna.

Ujar pelakon berusia 27 tahun itu lagi, dia memilih untuk menjalankan perniagaan menjual rempeyek kerana sasaran jualannya adalah untuk orang-orang lama (tua) yang menggemari kerepek tradisional itu.

“Saya memilih untuk menjual rempeyek kerana orang-orang tua sukakannya. Saya tahu mereka yang akan menyokong perniagaan saya nanti,” ujar Yuna yang belajar resipi membuat rempeyek daripada seorang rakan.

Tambah wanita itu lagi, bapanya yang juga merupakan seorang cef banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk dia mendalami dunia perniagaan.

Bapa saya sebenarnya seorang cef sejak berusia 18 tahun lagi sehingga sekarang. Jadi sedikit sebanyak saya belajar daripada dia. Misal kata suatu hari nanti saya nak buka perniagaan kafe, dia boleh membantu saya.

“Keluarga adalah tulang belakang yang sentiasa menyokong saya. Alhamdulillah, setakat ini perniagaan rempeyek saya berjalan dengan lancar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI