fbpx

Umar enggan kecederaan lebih serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAR (tengah) terpaksa akur menarik diri daripada aksi final 400m diamond Grand Final VTF 2023 di Arena UM hari ini disebabkan masalah kecederaan.

PETALING JAYA – Jaguh pecut 400 meter (m) negara, Umar Osman enggan kecederaannya menjadi lebih serius, sekali gus akur terpaksa menarik diri daripada beraksi pada Grand Final Kejohanan Varsity Track & Field (VTF) 2023 hari ini.

Umar, 20, sepatutnya beraksi pada peringkat akhir 400m di Arena Universiti Malaya (UM) hari ini tetapi dinasihatkan berehat agar kecederaan pangkal paha dialaminya tidak bertambah parah.

Pemegang rekod kebangsaan itu sememangnya kecewa tetapi tiada pilihan dan memberikan fokus kepada proses pemulihan yang dijangka memakan masa antara enam hingga lapan minggu.

“Saya buat proses rawatan itu pun sekejap-sekejap sebab saya tidak dapat selalu hadir ke Institut Sukan Negara (ISN), jadi saya hanya buat rawatan sendiri,” katanya.

“Jika saya teruskan larian, mungkin kecederaan akan makin teruk. Koyak yang kecil berubah menjadi lebih besar ataupun sebaliknya… saya pun tidak tahu.

“Sepatutnya saya tidak perlu berada di sini, saya anggap ini kesilapan sendiri. Saya dah tahu ada kecederaan tetapi tetap nak berlari. Sekarang fokus untuk buat pemulihan agar dapat pulih sepenuhnya,” katanya.

Pingat emas 400m diamond hari ini dimenangi Muhammad Syakir Daniel Fauzi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan catatan 48.26 saat (s) dan rakan sepasukannya, Amar Hussaimee Majali meraih perak menerusi masa 49.94s.

Tempat ketiga pula menjadi milik atlet Universiti Putra Malaysia, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dengan masa 50.46s. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN