fbpx

K2

Tuah umpan cacing, tentera ungguli Ngail Keli 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta menimbang ikan keli yang dipancing di meja hakim .

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itulah yang terjadi kepada seorang tentera apabila berjaya mwembawa pulang wang tunai RM10,000 selepas menjuarai pertandingan memancing Jom Ngail Keli 2023 yang diadakan di Kolam Desa PD, Rantau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Mohd. Sahrilza Yazid, 35, dari Port Dickson berjaya mengail keli seberat 6.750 kilogram (kg) hanya menggunakan umpan cacing.

Mohd. Sahrilza yang langsung tidak menyangka mampu mengalahkan hampir 500 peserta lain dengan hanya berbekalkan umpan cacing mengatakan hadiah kemenangan itu akan dikongsi bersama ahli keluarganya.

“Kemenangan ini amat bermakna dan saya sangat bersyukur.

“Saya harap pertandingan memancing anjuran Kolam Desa PD dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya.

Mohd. Sahrilza berkata, dengan wang kemenangan itu juga, dia berhasrat untuk membawa keluarganya bercuti.

Sementara itu, tempat kedua milik Mohd. Azuhan Zainal, 29, selepas berjaya membawa naik ikan keli 6.610 kg, manakala ketiga dimenangi

Mardi Hassan, 42, yang menangkap keli seberat 6.600 kg.

MOHD. FAIZAL (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan Jom Ngail Keli 2023 di Kolam Desa PD, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd. Faizal Ramli.

Mohd. Faizal berkata, beliau berbangga dengan penyertaan peserta dari seluruh negara antaranya Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor amnya selain kehadiran keluarga yang memeriahkan Jom Ngail Keli tahun ini.

“Pertandingan memancing Jom Ngail Keli ini wajar diteruskan lagi memandangkan sambutan yang diterima daripada kaki-kaki pancing seluruh negara amat menggalakkan.

“Lebih 300 ekor pelbagai spesies berjaya dinaikkan oleh kaki pancing kali ini antaranya keli, jelawat, rohu, baung dan tilapia,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kolam Desa PD, Muhammad Hafiz Sheikh Taufik berkata, dengan sambutan menggalakkan ditunjukkan peserta, beliau yakin pertandingan itu mencapai matlamat yang ditetapkan.

Katanya, menerusi pertandingan dengan tema ‘Jom Ngail Keli’, ia dilihat dapat menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Objektif sebenarnya, kita nak beri penduduk peluang bersantai, beriadah dan bersama-sama mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kaki pancing khususnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI