fbpx

Saya balik untuk berbakti kepada orang Kemaman – Raja Mohamed Affandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Mohamed Affandi bersemangat pada hari penamaan calon PRK Parlimen Kemaman di MPK, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menawarkan diri untuk berbakti kepada ‘orang kampung’ sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember ini.

Beliau yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, niatnya hanya mahu menabur bakti kepada orang Kemaman.

“Setiap langkah saya (menghantar borang pencalonan PRK Parlimen Kemaman) tadi untuk memberi balik apa yang saya perolehi dan dapat selama ini.

“Saya (orang) Kemaman, saya balik untuk berbakti kepada orang Kemaman,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Kemaman di sini hari ini.

Beliau akan menghadapi saingan daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar daripada Pas.

Raja Mohamed Affandi berkata, sebagai bekas tentera, keputusan menyertai PRK Parlimen Kemaman dirasakan bagai memasuki ‘medan peperangan’.

“Saya rasa ia satu medan untuk saya ‘berperang’ balik tetapi dalam bentuk lain.

“Tidak mustahil, kita mampu alihkan kerusi Parlimen Kemaman) kepada warna biru (BN),” katanya.

Raja Mohamed Affandi berkata, sebagai bekas jeneral tentera, fokus beliau untuk meraih kemenangan merampas semula kerusi Parlimen Kemaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI