fbpx

PRK Kemaman: Pengundi akan dapat manfaat andai pilih calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JITRA – Parti Amanah Negara (Amanah) meminta pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman membuat pilihan bijak dengan memilih calon daripada Barisan Nasional (BN) untuk pembangunan kawasan itu.

Menurut Naib Presidennya, Adly Zahari, pemilihan wakil rakyat daripada parti yang selari dengan Kerajaan Persekutuan termasuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanfaatkan penduduk di kawasan tersebut.

“Kita sepatutnya sebagai negara demokrasi, perkara utama kita harus menerima Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, tak bersetuju dengan pandangannya… nak mengkritik itu perkara kedua.

“Namun wakil rakyat itu harus menerima (menyokong Perdana Menteri) itu penting. Selepas menerima itu, barulah kita bekerjasama dan membangunkan sesuatu kawasan itu.

“Kalau Kemaman nak terus dapat manfaat daripada kerajaan supaya lebih stabil,  kawasan itu harus bersama Kerajaan Madani,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Kubang Pasu di Jitra dekat sini hari ini.

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon, manakala Pas yang perlu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Adly menambah, Amanah bagaimanapun melihat peluang BN agak cerah di PRK itu melihat saingan satu lawan satu bagi merebut kerusi berkenaan juga dengan kelebihan yang dimiliki calon BN yang merupakan anak tempatan selain masalah dalaman yang dihadapi komponen Perikatan Nasional iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI