fbpx

PPZ-MAIWP seru pembayar segerakan zakat sebelum 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hakim ketika berucap pada Majlis Pelancaran YEZ 2023 di Kepong hari ini. - SYAKIR/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru masyarakat untuk segera menunaikan zakat sebelum 31 Disember nanti.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman berkata, untuk tujuan itu pihaknya telah menganjurkan Program Fit Zakat 2023 sekaligus melancarkan Kempen Year End Zakat (YEZ).

Katanya, menggunakan pendekatan dakwah bil hikmah, kempen ini juga merupakan antara inisiatif pihaknya untuk mempromosikan dan menyebarluas dakwah zakat kepada semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia.

“Bertemakan ‘Makna Kaya Sebenar’, kami ingin mengajak masyarakat untuk tidak menilai kekayaan dengan hanya memiliki harta dan meterial mewah yang melimpah ruah.

“Tetapi kekayaan sebenar adalah terletak di dalam hati, apabila kita memberi dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Year End Zakat (YEZ) 2023 di Taman Metropolitan Kepong, di sini hari ini.

Tambahnya, sepanjang Disember nanti, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 4.45 petang setiap hari termasuk cuti umum dan pada setiap Jumaat.

Malah pada minggu terakhir Disember katanya, waktu operasi akan dilanjutkan hingga pukul 9 malam disamping mengadakan Hari Bersama Pembayar dengan menyediakan jamuan makan.

Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti pembayaran atas talian melalui portal zakat.com.my, aplikasi Myzakat, perbankan internet, ejen-ejen rasmi dan banyak lagi.

“Lebih istimewa, pembayar yang membuat bayaran sepanjang kempen ini juga berpeluang memenangi lebih 1,000 hadiah menarik seperti pekej umrah, thermomix, telefon pintar serta banyak lagi.

“Saya juga berterima kasih kepada penaja antaranya CIMB Islamic Bank, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, GoPayz serta rakan-rakan strategik antaranya MAIWP dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi),” jelasnya.

Dalam program yang sama, PPZ-MAIWP turut mengadakan solidariti untuk Palestin bagi mendoakan rakyat mereka dibebaskan dari penindasan zionis Israel.

MAIWP telah memperuntukan sumbangan sebanyak RM2,036,864.60 bantuan kemanusiaan untuk disalurkan ke Palestin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI