fbpx

PKS Perak dibantu tembusi pasaran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation Holdings, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir dan Country Head Nityo Infotech Services Sdn. Bhd., Rajasekhar Gummadi semalam. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Perak terus disediakan jaringan ke pasaran antarabangsa melalui kerjasama antara Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) dengan penyedia perkhidmatan teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, Nityo.

Melalui memorandum persefahaman (MoU), kedua-dua pihak akan mentransformasikan aplikasi S.M.A.R.T Niaga@Perak yang dibangunkan oleh Digital Perak kepada satu platform e-dagang lengkap di negeri itu.

Nityo Infotech Services Sdn. Bhd. (Nityo) akan membimbing dan melaksanakan orientasi (onboarding) untuk 200 PKS dalam platform tersebut tanpa kos kepada kerajaan negeri serta PKS.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pengunaan platform e-dagang Shopmatic yang disediakan oleh Nityo bakal melonjakkan usahawan ke tahap lebih tinggi dan berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.

Katanya, usaha itu sejajar dengan agenda Perak Sejahtera 2030 di bawah program Ekonomi Digital.

“Inisiatif ini mempercepatkan ketersediaan Perak mengadaptasi teknologi yang mendorong pertumbuhan inovasi baharu dan membuka ruang untuk agensi kerajaan, pihak swasta dan usahawan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Digital Perak dengan Nityo di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI