fbpx

Permim sasar kutipan RM1juta untuk Tabung Sosio Ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Mohamed (empat dari kanan) dan tokoh-tokoh PERMIM pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Permim di Ideal Convention Centre, Shah Alam hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

SHAH ALAM – Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) menyasarkan kutipan RM1 juta bagi Tabung Sosio Ekonomi pertubuhan itu tahun hadapan.

Presidennya, Shaik Faridhudheen Anverdeen berkata, hasil kutipan tabung tersebut akan digunakan untuk membantu usahawan, golongan asnaf dan pelajar kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran.

Jelasnya, walaupun tabung tersebut dilancarkan sejak empat tahun lalu, namun setakat jumlah kutipannya kurang memberangsangkan.

“Setakat ini jumlah kutipan sekitar RM160,000, namun kita percaya dengan kempen kesedaran yang kita akan lakukan selepas ini lebih ramai komuniti kalangan India Muslim di negara ini akan menyumbang.

“Kita akan mulakan dengan kempen RM100 setiap bulan bagi pertubuhan dan ahli-ahli perniagaan. Kita ada ribuan ahli perniagaan dan lebih 60 pertubuhan yang berdaftar dengan Permim.

“Jika ini kempen ini berkesan dan mendapat sambutan, saya yakin kutipan tahun hadapan akan melebihi sasaran kita RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Permim ke-50 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Khazanah Research Institute (KRI), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Mengulas lanjut, Shaik Faridhudheen berkata, menerusi tabung itu juga, Permim akan dapat membiayai pengajian anak-anak komuniti itu untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ini kerana katanya, sebelum ini ramai anak komuniti India Muslim yang mempunyai masalah kewangan apabila terpilih melanjutkan pengajian terutamanya ke istitusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Seperti kita sedia maklum kos pengajian di IPTS sangat tinggi dan kita akan cuba meringankan beban pelajar dan keluarga mereka menerusi tabung ini.

“Selain itu juga, tabung ini juga tidak hanya tertumpu kepada komuniti India Muslim, tetapi kita juga akan salurkan bantuan menerusi tabung ini kepada semua masyarakat di negara ini,”ujarnya.

Tambah beliau lagi, sebelum ini Permim akan memberikan bantuan ‘one off’ sebanyak RM1,000 kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma dan RM2,000 untuk program ijazah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI