fbpx

Parti Amanah tidak akan ulangi kesilapan ketika bersama Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Kubang Pasu di Jitra, hari ini.

JITRA – Kepimpinan dalam Parti Amanah Negara (Amanah) akan dipilih berdasarkan prestasi masing-masing yang didukung secara konsensus dalam pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah yang bakal berlangsung 24 dan 25 Disember depan.

Menurut Naib Presiden Amanah, Adly Zahari, Amanah tidak akan mengulangi kesilapan ketika bersama Pas dahulu apabila sentimen mengambil alih proses pemilihan sehingga menyebabkan pemimpinnya yang berbakat terpinggir.

“Dalam kepimpinan Amanah, kita tak tawarkan untuk posisi itu di mana kepimpinan dan jawatankuasa parti itu akan memilih. Dalam Amanah, kita banyak memilih berdasarkan prestasi dan nilai yang kita bawa dalam parti dan bagaimana pemimpin itu dapat bekerjasama.

“Pengalaman kita dalam Pas dahulu, kita lihat… walaupun prestasi cukup baik, tetapi akhirnya kerana sentimen ini mereka ditolak. Kita tidak mahu lagi dengan model politik itu, contoh Timbalan Presiden Amanah cukup aktif menggerakkan parti, tetapi mereka dibuang.

“Jadi kita tak mahu perkara itu berulang dalam Amanah,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Kubang Pasu di Jitra dekat sini hari ini.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya adakah beliau akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan lebih tinggi dalam pemilihan itu.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini dilaporkan bersedia untuk memikul tanggungjawab lebih besar dalam parti itu jika memperoleh sokongan tertinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI