fbpx

Norway siap sedia iktiraf negara Palestin merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

OSLO – Parlimen Norway meluluskan resolusi meminta kerajaan bersedia mengiktiraf sebuah negara Palestin merdeka, lapor akhbar The Times of Israel hari ini.

Usul tersebut dibuat oleh kerajaan pakatan yang memerintah Norway sebagai tindak balas kepada sejumlah parti politik lebih kecil yang menggesa supaya Oslo segera mengiktiraf negara Palestin merdeka.

Usul tersebut diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ia menyatakan bahawa anggota-anggota Parlimen meminta kerajaan bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka apabila pengiktirafan sedemikian akan memberikan impak positif kepada proses damai.

Namun, ia tidak menyebut perjanjian damai Asia Barat sebagai syarat pengiktirafan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI