BANDAR GAZA – Tentera Israel mengarahkan Hospital Al-Shifa dikosongkan ‘pada jam berikutnya’ melalui corong-corong pembesar suara hari ini, kata seorang wartawan AFP di lokasi kejadian.
Hospital Al-Shifa yang merupakan hospital terbesar di Semenanjung Gaza, menjadi tumpuan ketika perang Israel-Hamas memasuki minggu ketujuh selepas serangan ke atas selatan Israel pada 7 Oktober lalu.
Israel mendakwa terdapat pangkalan Hamas di bawah bangunan hospital berkenaan, namun tuduhan itu dinafikan Hamas.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan terdapat 2,300 kakitangan dan orang awam Palestin yang berlindung di Hospital al-Shifa sebelum serbuan askar Israel pada Rabu lepas. – AFP