fbpx

Konflik Palestin-Israel: Banyak keluarga terperangkap bawah runtuhan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Muhammad Smiry menunjukkan pengeboman tanpa henti sepanjang tengah malam tadi di bandar Beit Lahia.

PETALING JAYA – Kezaliman Zionis Israel membunuh insan tidak berdosa terus dikutuk seluruh dunia apabila melancarkan serangan tanpa henti di Utara Gaza sepanjang tengah malam tadi.

Menurut ciapan oleh media Palestin, Times Of Gaza, tentera Israel menyasarkan banyak rumah dengan melakukan pengeboman bertubi-tubi sekali gus menyebabkan kebakaran tanpa henti di bandar Beit Lahia.

Dalam satu laporan oleh Shebab Agency juga menyatakan, lebih 40 butir peluru rejim Israel dijatuhkan di sekitar Hospital Indonesia di utara Gaza dalam tempoh satu jam.

Beberapa wartawan jurufoto di Gaza juga turut berkongsikan beberapa keping gambar di Beit Lahia menunjukkan nyalaan api yang marak di bandar berkenaan akibat bedilan peluru tentera Zionis.

“Maksudnya telah banyak keluarga berada di bawah runtuhan sekarang,” ciap wartawan warga Palestin, Muhammad Smiry mengulas tentang perkembangan itu.

Dalam ciapan yang lain Muhammad Smiry turut berkata, sebuah bangunan di Kem Balata di Tebing Barat telah dibom menyebabkan ramai orang terbunuh.

Ramai mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan Israel itu yang sengaja menyasarkan orang ramai walaupun mengetahui tiada pejuang Hamas yang berada di kawasan Tebing Barat itu.

“Serangan udara dron Israel menyasarkan Markas Fatah di tengah-tengah kem pelarian Balata di Nablus, Tebing Barat. Bangunan itu rosak teruk dan sebahagiannya runtuh. Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera,” ciap Firas yang merupakan warga Palestin.

“Tiada Hamas di Tebing Barat. Fatah adalah saingan sayap kiri Hamas. Pejabat mereka diserang dalam kem pelarian. Di Tebing Barat. Serangan ini bukan nak serang Hamas,” ciap AnayaNKhan.

Setakat ini, menurut laporan Shebab Agency, tentera Israel membunuh lebih daripada 13,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, termasuk kanak-kanak dan wanita mankala hampir 4,000 orang masih hilang di bawah runtuhan.

Terdahulu, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara pada hari sambutan perayaan Yahudi.

Hamas berkata, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Rejim Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI