fbpx

Amerika Syarikat harus bersikap adil berhubung konflik di Gaza – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Sesi Kedua Pemukiman Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation di Moscone Centre, Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membangkitkan isu Palestin di hadapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika berlangsungnya Sesi Kedua Pemukiman Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di Moscone Centre, hari ini.

Menurutnya, prinsip keadilan dan hak asasi manusia perlu ditegakkan kerana ia termasuk dalam isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi.

“Justeru, saya menegaskan keperluan untuk semua negara mendesak gencatan senjata di Gaza supaya tiada lagi orang awam yang terkorban terutamanya bayi-bayi kecil.

“AS harus bersikap adil dan tidak harus bersikap berkecuali apabila berbincang mengenai konflik di Gaza,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar juga sempat mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan dan pakar teknologi beragama Islam yang berpusat di San Francisco.

“Antara yang saya temui adalah Pengarah Pemasaran Komersial SpaceX, Omar Kunbargi, Ketua Pegawai Eksekutif Rembrand, Omar Tawakol, Ketua Pegawai Eksekutif Ornovi, Fauad Hasan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Z2Data, Mohammad Ahmad, Presiden Whizz System, Muhammad Irfan dan Ketua Perhubungan Z2Data, Osama Ahmad.

“Kami berbicara mengenai keperluan untuk memberikan lebih perhatian terkait bidang kecerdasan buatan (AI) ketika ini selain menyentuh soal pendidikan dan aeroangkasa yang sama penting,” ujarnya.

Tambah Anwar, ahli perniagaan yang ditemuinya juga menyatakan minat untuk melabur di Malaysia selepas mendapat penjelasan yang jelas mengenai hala tuju negara.

“Kami turut membincangkan soal pembangunan umat Islam di Amerika Syarikat serta situasi yang berlaku saat ini yang menimpa warga Palestin.

“Mereka turut menyatakan dukungan dan penghargaan atas pendirian keras dan istiqamah Malaysia mengenai penderitaan warga Palestin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI