fbpx

TYT P. Pinang gesa keganasan ke atas Palestin ditamatkan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera.

Ahmad Fuzi berkata, konflik dan peperangan yang masih berterusan telah mengakibatkan penderitaan yang besar kapada rakyat Palestin, dengan orang awam khususnya golongan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa terbunuh serta ramai yang kehilangan nyawa dan rumah kediaman mereka.

”Saya mengecam sekeras-kerasnya dan menggesa agar semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan.

“Adalah penting keselamatan dan kesejahteraan orang awam diutamakan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fuzi berkata, atas prinsip perikemanusian, beliau menggesa agar masyarakat antarabangsa bersama-sama menyokong segala usaha diplomatik untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif dan tuntas dengan segera, adil dan saksama demi kebaikan manusia sejagat.

“Titisan air mata, gelodak rasa kesedihan di jiwa, tidak dapat dibendung, melihat kesakitan dan kehilangan nyawa yang dialami oleh sebahagian besar penduduk Palestin.

“Sebagai ahli komuniti global yang bertanggungjawab dan prihatin, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku dan berusaha ke arah membantu keperitan dan malapetaka yang sedang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI