BANGI – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff menganggap bekas kakitangannya yang dikenali sebagai Abdul Wahab seperti anaknya sendiri.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan malam ini, Mohammad Agus mengakui bahwa satu video jelik tular yang mengaitkan dirinya bersama Abdul Wahab telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan reputasinya.
“Video itu telah diedit oleh pihak yang ingin jatuhkan saya, mana mungkin saya buat perkara seperti itu. Saya anggap Wahab ini seperti anak saya sendiri.
“Video tersebut asalnya tidak mempunyai audio, kemudian diedit oleh beberapa individu yang boleh dikatakan saya kenali,” jelasnya dalam sidang akhbar tersebut.
Terdahulu satu klip video yang memaparkan perbualan jelik diantara Mohammad Agus dan Abdul Wahab telah ditularkan sejak semalam di laman sosial. – KOSMO! ONLINE.