fbpx

Ramai penagih dadah mahu pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan Hari Apresiasi Kepulihan AADK Tahun 2023 kepada salah seorang PRS AADK di Hotel Grand Barakah Hotel, Ampang dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Ramai penagih dadah mahu pulih, tetapi mereka memerlukan sokongan daripada keluarga dan anggota masyarakat untuk keluar daripada belenggu dadah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat adalah penting dalam membantu golongan tersebut.

“Ramai ambil tahu masalah dadah dihadapi pihak lain bukan bermaksud itu perkara yang tidak baik, tetapi untuk kita sama-sama membantu menyelesaikan masalah mereka.

“Saya percaya ramai antara mereka di luar sana (penagih dadah) ingin kembali sehagaimana biasa, sebab itu perkara penting perlu ada sokongan institusi keluarga dan masyarakat.

“Jika keluarga dan masyarakat memberi sokongan kepada mereka, saya percaya mereka akan pulih. Saya percaya kita boleh lakukan yang terbaik dengan syarat ada kemahuan dan kesungguhan,” katanya pada Program Hari Apresiasi Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2023 dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, beliau yakin dengan kemampuan AADK melaksanakan tanggungjawabnya memenuhi harapan rakyat melihat permasalahan penagihan dadah ditangani sehabis baik.

Terdahulu, Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon memaklumkan, Hari Apresiasi Kepulihan AADK Tahun 2023 adalah acara tahunan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih AADK terhadap usaha semua nadi penggerak yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Menurut beliau, pengisian dua hari satu malam bermula pada 16 November itu melibatkan seramai 360 peserta yang terdiri daripada Mentor Kepulihan AADK, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) AADK, klien serta ahli Kelompok Sokongan Keluarga Kepulihan (KSKK) AADK daripada seluruh negara.

“Selain itu, kita menjemput ahli Kelompok Sokongan Keluarga Kepulihan (KSKK) daripada seluruh negeri untuk sama-sama berkongsi kisah, rasa hati dan rakan yang paling efektif dalam membimbing ahli keluarga yang sedang diuji dengan permasalahan dadah.

“Sikap ihsan ditunjukkan oleh ahli keluarga menjadi pembakar semangat untuk mereka kembali berfungsi ke dalam komuniti dan mengekalkan kepulihan sepanjang hayat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI