fbpx

Nurul Farhana capai kejayaan sebagai ‘reseller’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL FARHANA bergambar bersama suami dan anak-anaknya.

“SAYA percaya bahawa setiap kegagalan adalah satu langkah lebih dekat kepada kejayaan.”

Itu antara prinsip yang dipegang wanita cekal kelahiran Terengganu, Nurul Farhana Mohd. Hanafiah sejak menceburkan diri dalam perniagaan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, kegagalan dan siri ujian dihadapinya ketika bisnes menjadi lonjakan untuk dia terus mencapai kejayaan.

Memulakan perkongsian, Nurul Farhana memberitahu, dia mula melibatkan diri dalam bidang jualan sebagai ejen pengedar kepada sebuah jenama susu subur terkenal di negara ini.

“Saya pertama kali mengenali jenama susu Efferty melalui platform Facebook, di mana saya didedahkan dengan pelbagai testimoni yang menggambarkan manfaat produk itu terutamanya dalam menangani masalah kesuburan.

“Kejayaan yang diceritakan dalam testimoni tersebut telah menarik minat saya untuk mencuba Efferty dalam usaha untuk memperbaiki masalah kesihatan saya,” katanya.

Bercerita lanjut, perancangan dan keputusan untuk mendaftar diri sebagai ejen dan reseller bersama Efferty bermula daripada pengalaman peribadinya sebagai pengguna.

Dia berjaya hamil hasil daripada produk tersebut.

Ujarnya, kejayaan dan rezeki tersebut menjadi titik tolak penting yang memacu dirinya untuk mendaftar sebagai ejen, sekali gus memberi kesan positif kepada orang lain melalui testimoni sendiri.

“Saya mula menyebarkan manfaat Efferty kepada rakan-rakan terdekat pada waktu itu.

“Sebelum terlibat dengan Efferty, saya hanya seorang suri rumah tanpa pekerjaan dan pendapatan tetap,” katanya yang pernah menjalankan pelbagai bisnes termasuk menjual pakaian dan makanan.

Akuinya, bisnes tersebut tidak memberikan hasil memuaskan seperti mana menjadi ejen menjual susu, di samping menyebarluaskan kebaikan dan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Bercerita bagaimana jenama Efferty mengubah kehidupan dan nasibnya, wanita berusia 31 tahun itu mengakui, ia banyak mengubah taraf ekonomi mereka sekeluarga.

NURUL FARHANA (kiri) bergambar bersama Dr. Raihana.

“Ia bukan sahaja membantu saya memberi sokongan kepada keluarga, malah dapat mengurangkan bebanan suami.

“Sebelum ini, kami terpaksa mengira dan mengutamakan keperluan harian, terutama berkaitan anak-anak.

“Saya bersyukur dapat membantu suami menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Dalam bisnes pasti ada sahaja rintangan dan ujian yang tidak boleh dielak, perkara tersebut turut dilalui oleh Nurul Farhana.

Akuinya, dia menghadapi kegagalan dalam menguruskan ejen downline di bawah kendaliannya.

Disebabkan itu, ramai dalam kalangan mereka memutuskan untuk berhenti menjual produk berkenaan.

“Keadaan itu memberi kesan kepada saya. Ia adalah cabaran yang sukar untuk saya tempuhi ketika itu.

“Pun begitu, saya memilih untuk tidak berputus asa.

“Saya memandang kegagalan tersebut sebagai pengalaman berharga dan bersedia untuk belajar daripadanya.

“Saya berusaha untuk bangkit daripada kegagalan lalu dengan tekad melakukan yang terbaik pada masa akan datang,” tuturnya yang menjadikan pengasas Efferty, Dr. Raihana Ismail sebagai sumber inspirasi dalam perniagaan.

Nurul Farhana kini mengendalikan 10 orang ejen aktif sejak dilantik dan diberikan kepercayaan sebagai reseller.

Dia menyasarkan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan kepada 100 orang ejen pada tahun depan.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, dia berhasrat untuk memiliki outlet sendiri yang akan diuruskan sepenuhnya oleh pekerja serta generasi muda dan dirinya hanya sebagai mentor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI