fbpx

Northport terima anugerah APBSP 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Shah (dua dari kiri) menerima Anugerah Perdana Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) 2023 daripada Menteri Dalam Negeri (dua dari kanan) di Kuala Lumpur pada 16 November lalu.

KUALA LUMPUR – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) bagi kategori Sasaran Penting Keutamaan pada majlis penghargaan di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum Bangsar di sini semalam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd.Yusof yang mewakili syarikat berkenaan.

Objektif anugerah APBSP adalah bagi menilai dan mengiktiraf sistem tadbir urus keselamatan perlindungan yang wajar dicontohi oleh infrastruktur penting utama negara.

Penilaian APBSP 2023 dilakukan oleh wakil Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia serta Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

Northport diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan yang tertakluk di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) oleh kerajaan Malaysia.

Azman Shah berkata, Anugerah Perdana yang diterima Northport dalam APBSP 2023 itu adalah bukti tadbir urus, komitmen dan akauntabiliti TeamNorthport yang berkesan.

“Ia mencerminkan dedikasi kami untuk mencapai kecemerlangan dalam prestasi pengurusan keselamatan di sasaran penting dan memupuk budaya keselamatan dan sekuriti di kalangan seluruh kakitangan Northport,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Azman Shah memaklumkan, Northport dalam beberapa tahun ini telah membuat penambahbaikan berterusan melalui inisiatif ‘Reinventing Northport’ untuk menjadi pelabuhan yang Lebih Selamat, Lebih Hijau, Lebih Pintar dan Lebih Baik.

Menurut beliau, melalui inisiatif berkenaan, Northport telah mengukuhkan prosedur dan memperkasakan komitmen untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif.

“Matlamat kami adalah untuk memupuk budaya pengurusan keselamatan dan sekuriti yang mampan demi kesejahteraan seluruh warga kerja dan pengguna pelabuhan kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI