fbpx

Meninggal ketika kendali kren, diklasifikasi mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang dibawa turun selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika mengoperasikan kren menara di Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan kematian seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kren pada ketinggian 20 meter, semalam sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian yang berlaku di tapak pembinaan berhampiran Persiaran KLCC, di sini, pada pukul 5.43 petang.

Katanya, maklumat awal dari rakan sekerja mangsa mendapati pengendali kren di tapak pembinaan tersebut tidak sedarkan diri di dalam kren menara ketika mengendalikan kenderaan itu pada ketinggian 20 meter.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa yang berusia 27 tahun dilihat mengendalikan kren setelah tamat taklimat pada pukul 8.15 pagi.

“Sekitar pukul 4.42 petang, penyelia keselamatan tapak mendapati kren yang dioperasikan oleh lelaki itu dalam keadaan berhenti dan bergegar. Cubaan berhubung dengannya melalui walkie talkie gagal apabila tiada maklum balas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Noor Dellhan, tindakan penyelia keselamatan yang menaiki ke atas kren tersebut akhirnya mendapati lelaki tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Susulan itu, dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan satu petugas kesihatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah naik ke atas kren berkenaan.

“Kematian lelaki itu disahkan pihak HKL pada pukul 6.13 petang dan mayat simati telah dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut Noor Dellhan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kematian masih dalam siasatan.

Semalam, Kosmo! melaporkan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.43 petang.

Menurut laporan itu, seorang pengadu bertindak meminta bantuan bomba untuk membawa turun mangsa yang pengsan di atas menara kren berkenaaan

Mangsa telah berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada pukul 7.46 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI