fbpx

Makan gajus boleh tambah tenaga, kuat tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian PHM di Facebook

PETALING JAYA – Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook hari ini, kacang gajus dilihat sering dijadikan sebagai makanan ringan disebabkan memiliki khasiat yang pelbagai.

Katanya, gajus antara nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga, kesihatan otat dan kuatkan imuniti badan.

“Gajus rendah gula dan kaya dengan serat, lemak yang menyihatkan jantung dan memiliki protein tumbuhan.

“Gajus bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi banyak nutrien dan mineral yang baik untuk kesihatan.

“Ia ada fungsi anti radang, mempunyai gula rendah dan baik untuk kesihatan jantung,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI