fbpx

KDNK suku tahun ketiga 3.3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - FOTO MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku tahun ketiga 2023 berkembang lebih kukuh kepada 3.3 berbanding suku tahun kedua yang mencatatkan pertumbuhan sederhana dengan 2.9 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan permintaan dalam negeri, pasaran buruh serta aktiviti pelancongan dan pembinaan yang semakin rancak.

“Dari segi pertumbuhan suku tahun ke suku tahun. KDNK menunjukkan momentum pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 2.6 peratus iaitu peningkatan berterusan sejak suku keempat.

“Melihat kepada KDK bulanan pertumbuhan KDNK pada Julai adalah sebanyak 4.2 peratus, Ogos (3.2 peratus) dan 2.5 peratus pada September.

“Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.9 peratus pada tiga suku pertama tahun 2023,” katanya pada sidang akhbar Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2023 di Sasana Kijang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, sebahagian pertumbuhan ekonomi turut terjejas berikutan permintaan luar negeri yang lemah dan pengeluaran lombong yang lebih rendah.

“Bagaimanapun, keadaan ini sebahagiannya diimbangi oleh kemasukan pelancong asing yang kembali pulih. Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan, pembinaan dan pertanian terus menyokong pertumbuhan.

“Ia susulan penurunan pengeluaran dalam sektor perkilangan disebabkan oleh permintaan yang lemah terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E) serta pengeluaran produk petroleum bertapis yang lebih rendah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI