fbpx

Gadis makan samosa inti cicak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manoj memuntahkan samosa yang sudah dimakan. - X

NEW DELHI, India  – Seorang lelaki dan anak perempuannya terkejut apabila menemui bangkai seekor cicak dalam hidangan samosa goreng yang dibeli dari sebuah kedai di daerah Hapur, negeri Uttar Pradesh.

Laman berita Ary News melaporkan, apabila gadis berusia 13 tahun itu mula menggigit samosa tersebut, dia merasakan sesuatu yang kenyal dan menemui seekor cicak mati.

Dia segera menunjukkan cicak itu kepada bapanya, Manoj Kumar yang sudah menghabiskan beberapa samosa itu. Kedua-dua mereka kemudian memuntahkan makanan yang sudah ditelan.

Rakaman kejadian memaparkan situasi Kumar meludahkan samosa yang dimakannya di tepi jalan.

Manoj kemudian membawa polis ke kedai tersebut. Bagaimanapun, peniaga kedai makan itu menafikan penemuan cicak tersbeut kerana dia menyumbat isi kentang itu menggunakan tangannya sendiri.

Anak perempuan Manoj kemudian dikejarkan ke hospital selepas kerap mual dan muntah namun kini dalam keadaan stabil.

Pegawai polis berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI