fbpx

DUN Selangor: Kapasiti beras Selangor menurun empat kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Kapasiti pengeluaran beras Selangor telah menurun sehingga empat kali ganda pada tahap 138,903 tan berbanding sebelum ini sebanyak 545,000 tan setahun.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, ini menyebabkan pengeluaran bagi sehektar padi kira-kira 4.6 tan sehektar bagi satu musim berbanding pernah mencapai sehingga lapan tan sehektar.

“Selama ini pun memang tidak mencukupi, cuma kita kira dari segi negara dalam pengurusan beras sekitar 62 peratus keperluan kita dan selebihnya diimport. Itu telah menjadi trend kita.

“Status bekalan beras Selangor buat masa ini mencukupi dan kita masih mempunyai 20,000 tan beras tanpa menyentuh stok penimbal sebanyak 60,000 tan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Noorazley Yahya (PN – Bukit Melawati) berhubung status bekalan beras di Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan itu menjelaskan isu yang banyak timbul adalah dari segi pengagihan dengan kerajaan negeri telah berbincang dengan Bahagian Kawalan Selia Padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkaitannya.

“Kita telah panggil (wakil bahagian itu) ke mesyuarat Exco dan mengikut laporannya memang ada satu ketika isu kekurangannya (beras) namun telah dapat atasi. Cuma masalahnya adalah pengagihan,” katanya.

Ketika menjawab soalan Nurul Syazwani Noh (PN – Permatang) agar kerajaan memanfaatkan tanah milik kerajaan negeri yang belum digunakan, Izham memaklumkan kerajaan negeri menerusi Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) telah melaksanakan agro bandar, agro siswa dan agro siswa.

“Kita masuk sampai sekolah dan saya dapati ada sekolah-sekolah di Selangor ini yang mempunyai tanah agak luas seperti Sekolah Kebangsaan Cheras Indah. Mereka telah usahakan pertanian cuma kita bantu mereka mempertingkatkan lagi hasil pertanian.

“Jadi, termasuk juga universitu yang kita mulakan dan kita kenal pasti termasuk Universiti Selangor (Unisel) yang bukan sahaja terlibat dalam pertanian malah mengusahakan ladang ternakan keli dan benih ikan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI