fbpx

Damok lupakan Sepang, buru mata di Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAMOK bertekad memberikan tunggangan terbaik untuk mengutip mata pada GP Qatar hujung minggu ini bagi mengubati kekecewaan di Litar Sepang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelumba negara, Syarifuddin Azman mahu melupakan episod kekecewaan selepas gagal mengutip sebarang mata ketika bersaing di laman sendiri pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang, Ahad lalu.

Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok mengakui, mahu bangkit menyelesaikan misi untuk memburu mata pada GP Qatar di Litar Antarabangsa Lusail hujung minggu ini.

“Berbaki dua lagi perlumbaan, saya tiba di Qatar dengan matlamat yang sama. Saya ingin fokus dan beri saingan dalam perlumbaan serta dapatkan mata. 

“Perlumbaan di home race minggu lepas tidak berjalan seperti apa yang saya harapkan, jadi saya perlu terus memandang ke hadapan dan buat yang terbaik untuk diri saya, pasukan dan semua yang sentiasa menyokong saya,” kata Damok.

Menurutnya, dia perlu mencari pelarasan terbaik bersama pasukannya, MT Helmets-Msi memandangkan Litar Antarabangsa Lusail ini baru diturap semula.

“Dengan litar yang baru diturap ini, saya dan pasukan perlu memahami situasi terutama pada jentera lebih awal. Kami akan lihat apa yang perlu dilakukan,” ujarnya. 

Sementara itu, pelumba negara, Farres Putra tidak akan beraksi di pusingan penutup Asia Talent Cup (ATC) yang turut berlangsung di Litar Antarabangsa Lusail hujung minggu ini.

Ia susulan kecederaan dialaminya selepas terbabas di Perlumbaan 1 ATC di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Ketika ini, pelumba Malaysia, Farish Hafiy dan Farres Putra menduduki tangga ke-10 serta 11 keseluruhan, manakala Ahmad Darwish berada di kedudukan ke-16 sementara Adi Putra pula menghuni tempat ke-20. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI