fbpx

Budak 2 tahun ditinggal 8 jam dalam bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditinggalkan di dalam bas ketika suhu di Brazil mencecah 37 darjah Celcius. - Newsflash

BRASILIA, Brazil – Seorang budak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas secara tidak sengaja ditinggalkan sendirian di dalam sebuah bas sekolah oleh pemandu bas dan isterinya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Apollo Gabriel Rodrigues ditinggalkan sendirian di tempat duduk belakang bas mini itu selama lapan jam ketika suhu di Brazil mencecah 37 darjah Celcius, Selasa lalu.

Pemandu berkenaan, Flavio Robson Benes, 45, kemudian menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) pada hari sama.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

Benes dan isterinya, Luciana Coelho Graft, 44, kini disoal siasat oleh polis sebagai sebahagian daripada siasatan kes pembunuhan.

Majlis pengebumian mangsa berlangsung semalam di Villa Maria, utara bandar Sao Paulo. 

“Tidak kira di mana dia meletakkan anak saya di dalam van, dia cuai dan tidak bertanggungjawab kerana sesiapa yang bekerja dengan kanak-kanak perlu sentiasa prihatin,” kata ibu mangsa, Kaliane Rodrigues. 

Bas mini itu adalah sebahagian daripada skim pengangkutan sekolah percuma yang dikendalikan oleh majlis bandar raya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI