PETALING JAYA -Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan berhubung penularan satu rakaman video perbualan lucah membabitkan seseorang lelaki mirip bekas Ketua Pengarah sebuah jabatan kerajaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya maklum berhubung isu berkenaan namun belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu setakat ini.
“Tiada lagi laporan setakat ini, namun, penularan itu sudah ada dalam pengetahuan kita (polis),” katanya kepada media, hari ini.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi tiga minit tiga saat yang dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.-KOSMO! ONLINE.