fbpx

Anwar bangkitkan isu kekejaman Zionis di hadapan Presiden AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyertai sesi Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC).

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan tentang kekejaman rejim Zionis pada majlis yang turut disertai Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Moscone Centre, San Francisco hari ini.

Beliau menyuarakan keresahan mengenai pertumpahan darah di Gaza tersebut semasa sesi Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) .

“Dalam sesi yang dipengerusikan Presiden Joe Biden dengan dihadiri oleh semua pemimpin APEC lain, saya telah menyuarakan keresahan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat rejim zionis Israel yang tidak henti-henti.

“Saya tegaskan apa yang berlaku di Gaza jelas menyerlahkan kegilaan menidakkan tanggungjawab moral yang membenarkan kemusnahan besar-besaran berlaku seterusnya mengakibatkan malapetaka iklim,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, beliau pada majlis tersebut turut menegaskan bahawa negara maju perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memikul tanggungjawab dan membantu negara membangun dalam peralihan tenaga.

Kata beliau, Malaysia juga sedang mengubah ekonominya dan melabur dalam masa depan yang lebih bersih dan hijau termasuk melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional.

“Syarikat minyak nasional, Petronas juga telah memberi komitmen untuk laluan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” kata Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI