fbpx

[VIDEO] Anak setia menunggu di tepi pusara Suhaimi Saad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak kedua Allahyarham Suhaimi Saad, Salman Elkhoyri dilihat duduk di pusara bapanya selepas selamat dikebumikan semalam.

PETALING JAYA – Rakaman video anak bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang setia menunggu di pusara bapanya, memilukan hati pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian video di TikTok Aisyah Mazelan, anak kedua kepada pasangan itu, Salman Elkhyori, 13, dilihat duduk di tepi kubur bapanya selepas selesai proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara pada jam 9 pagi semalam.

“Dalam banyak-banyak video dan gambar yang saya ambil, video anak arwah ini paling menyentuh hati saya,” tulis Aisyah.

Ramai juga netizen yang turut berasa hiba dengan pemergian arwah dan mendoakan semoga keluarga mereka kekal tabah.

“Anak yang bijak, dia tahu amalan sunnah supaya tidak terus tinggalkan kubur sebaiknya tunggu dalam 15 minit. Dia ingat pesan ayahnya itu,” komen Salsha.

“Di mata kasar kita nampak keluarga mereka sangat sederhana tapi hakikatnya mereka hartawan yang tiada nilainya,” tulis Nina Lee.

Seorang pengguna media sosial bernama Ida turut berkongsi bahawa anak-anak diwajibkan menunggu di tepi kubur ayah dan ibu sehingga ustaz selesai membaca surah al-baqarah.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru pada 15 November lepas. – KOSMO! ONLINE

@_asyhmzln_Dalam banyak2 video dan gamba yang cha ambil dari malam tadi sampai selesai kebumi, video Anak arwah iaitu Sallman Elkhoyri ni paling cha sedih dan tersentuh xsampai hati nak ambil tapi ini lah tugas cha sebagai media 🥺 semoga awak kuat. Al-Fatihah buat arwah bekas penyanyi Kumpulan In-Team, Shuhaimi Saad.

♬ original sound – NM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI