fbpx

UniMAP tumpu kesihatan mental pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Mustafa (tiga dari kiri) meninjau program menderma darah sempena Festkon UniMAP 2023 di Arau semalam.

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa prihatin dan memberi keutamaan terhadap kesihatan mental pelajar yang mana ia menjadi elemen penting kepada seseorang termasuk mempengaruhi kejayaan akademik dan pembangunan peribadi individu.

Pemangku Pengarah Pusat Kesihatannya, Dr. Shareez Sani Abdullah Sani berkata, pelbagai inisiatif diwujudkan bagi memupuk kesedaran pelajar tentang kepentingan kesihatan mental.

“Pusat Kesihatan UniMAP menawarkan perkhidmatan kaunseling yang sulit kepada pelajar, menyediakan ruang selamat untuk meluahkan emosi.

“Pegawai Perubatan dan Kaunselor berlesen UniMAP be­kerja secara kolaboratif bersama pelajar untuk membangunkan strategi kemahiran daya tindak, mengurus stres dan menavigasi kompleksiti kehidupan universiti,” katanya.

Menurut Shareez Sani, pusat kesihatan itu juga aktif dalam kempen kesedaran untuk me­ngurangkan stigma berkaitan isu kesihatan mental melalui media sosial dan Program Sambutan Bulan Kaunseling serta Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.

Tambahnya, usaha itu ia diyakini dapat menanamkan budaya kampus yang mana kesihatan mental dihargai dan disokong.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua 2 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP, Arifur-Rahman Shaukat berkata, inisiatif itu sangat membantu para pelajar.

“Pelajar sentiasa memandang serius isu kesihatan mental para mahasiswa UniMAP dan mengambil langkah strategik membendung isu itu,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniMAP, Prof. Dr. Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah menegaskan, sejak pandemik, sebanyak 85 peratus daripada 145,173 panggilan yang diterima oleh agensi kerajaan sejak Mac 2020 sehingga Mei 2021 adalah membabitkan isu tersebut.

“Pada tahun ini, UniMAP telah mengadakan bulan kaunseling peringkat UniMAP dengan tema ‘Minda Madani Masyarakat Harmoni’,” katanya.

Tambahnya, sempena Festival Konvokesyen kali ini, UniMAP te­lah menyediakan pelbagai akti­viti meningkatkan kesihatan diri antaranya explorace, persembahan seni mempertahankan diri, sukan dan pelbagai lagi.

“Warga UniMAP terutama golongan mahasiswa perlu menjadi warga peduli persekitaran dan tidak menyisihkan mana-mana pelajar yang terlibat dengan kesihatan mental kerana mereka sangat memerlukan sokongan daripada semua pihak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI