fbpx

Tiga kali atap terbang, mangsa ribut tidur atas lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL Iskandar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada satu daripada wakil isi rumah mangsa bencana ribut yang melanda Taman Klebang Jaya, Ipoh pada minggu lalu, dalam satu majlis hari ini.

IPOH – Hendak balik ke rumah berehat selepas seharian penat bekerja merupakan saat yang sentiasa dinanti-nantikan oleh sesiapa sahaja.

Namun perasaan itu tidak dirasai oleh M. Nosli, 45 tahun. Malah fikiran tidak tenang sentiasa membelenggu dirinya kerana rumah yang diduduki bersama keluarga di Taman Klebang Jaya, di sini kerap rosak akibat kejadian ribut dan hujan lebat.

“Tahun ini sahaja sudah tiga kali berlaku. Atap terbang dan hujan masuk ke rumah. Harta benda rosak,” katanya kepada Kosmo hari ini.

Ahli keluarganya terpaksa tidur di atas lantai sahaja kerana katil telah dibasahi hujan.

Dia merupakan antara 65 wakil isi rumah menerima sumbangan daripada Perdana menteri yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Sumbangan itu disampaikan kepada wakil-wakil isi rumah yang merupakan mangsa akibat bencana ribut di Taman Klebang Jaya pada minggu lalu. Nilai sumbangan dianggarkan lebih RM700 mengikut jenis kerosakan yang dialami oleh setiap mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI